Friday, August 20, 2010

pro and kontra

semua perkara dalam hidup kita ni memang ada 2 bahagian..yup,ada 2...

sejauh mana kita bijak dan mampu untuk menjadi sebelah kanan,mahupun sebelah kiri.

menunggu,atau ditunggu....

mencari,atau dicari..

memberi,tau menerima..

membuang,tau dibuang...

melupakan,atau dilupakan..

semua keadaan pun ada risiko tersendiri.sebab,tidak selalunya kita berada di situasi kanan.aku kira semua situasi sebegitu,semua antara kita pernah merasa.tambahan,hidup memang ibarat roda.bukan selalunya kita berada diatas.kadang2 lambat atau cepat sahaja yang menjadi persoalan dan menguji sabar masing2.

aku pun macam tu.selalu saja gilakan masa senang.masa susah memang dibuang awal2.tapi sejauh mana kita mempunyai pilihan??
kita tiada pilihan bukan??semua itu memang telah ditetapkan.dan memang tidak mungkin orang yang senang akan sentiasa senang tanpa sebarang masalah.mustahil ok??

aku tuliskan entri ini sekadar ingin memotivasikan diri.sebabnya aku kadang2 selalu ingin menghapus masa2 susah.padahal itu semua memang wajib.semua orang pasti merasa.

sekali lagi ingin ingin ingatkan diri sendiri tentang kesusahan orang lain yang lebih susah daripada kita.hmmm..

kalau kita susah,ada lagi orang yang lebih susah..tapi,kalau kita senang,ada lagi orang yang lagi senang dari kita????huhuhu....memang tak akan senang la kita kn???or macam mana tu ya???


Monday, August 16, 2010




sedapnya..hehehe.

aku sangat suka tengok picture makanan ni.memang boleh kecur liur.tanbah2 kalau tengah puasa ni.
aku kurang suke pegi bazar sebab ramai orang,asap yang banyak,bau yang pelbagai..huh.panas lagi kan??tapi tadi,tak nak hampakan ajakan kawan aku,kak una.aku turutkan.ye,berbuka di padang,taman kerang.bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut,silalah berkunjung ke kuantan ye??

beebuka ramai2 dipadang sebelah dengan bazar ramadhan yang paling faymes tu.ala2,berkelah.ada yang ciap dengan tikar,sudu,garfu,bakul dan sebagainya.yang berkeluarga juga ramai yang mengambil bahagian.

seronok tgk ramai orang di padang.dengan rumput2 hijau.bazar ramadhan memang macam satu kemestian setiap tahun.tadi aku beli nasi beriani,air jambu batu.

tapi,sangat terkilan dengan air jambu batu tersebut.serius.macam air paip yang ditambah dengan sedikit gula and sedkit perwarna hijau sebagai penarik.rase air tu sgt weird.tak macam air jambu.huh.

salah ke kalau berniaga secara ikhlas??maksud aku,buat la air atau makanan dengan sedap.bukan hanya untuk untung sahaja.selain pahala bertambah,customer pun happy.sampai hati ke buat org macam tu???mana belas kasihan??hati perut??
tak rugi buat elok2 ok??kalau sedap,mesti customer akan datang lagi esok2nya..haih.

hairan bila fikir mentaliti orang2 berkenaan.padahal orag2 tu ade cara yang mudah nak mengaut pahala.kan??untung pun mesti banyak..

si A:eh,kalau kau nak beli murtabak,beli yang kat hujung tu tau..sedap.aku dah beli semalam..gerai pn bersih je.
si B:ye ke??ok la.boleh try ni..
si C dan si D:aku pn nak jugak la..jom pegi sekali..

haaa,macam ni la akan jadi kalau anda betul2 buat makanan yang sedap lagi bersih.kan best?lebih ramai lagi yang kenal dengan gerai anda.tak payah promote kat tv,dah ade promoter tak berbayar yang buat sume tu..:)

Sunday, August 15, 2010

benda biasa yg rasanya mmg luar biasa.

aku memang sangat hepi bila ada org lynaku dengan baik.aku senang mcm tu.tapi,bila aku baru tahu ada hati yang pedih tgk aku hepi,aku jadi serba salah.nak hepi or tak nak.aku cuma tak nak dia lagi susah hati,sedih,kecewa tgk aku.emm..aku pun macam tu.tapi,macam susah and tak ade pilihan.

bayangkan betapa bersalah if aku membuang orang yang sepatutnya lebih berhak.maksud aku,time aku susah dulu,time aku menunggu menda yang tak sure dulu,dia la yang sokong aku..aku tak nak jadi kejam.walaupun dalam hati ni mmg memberontak sgt.

sungguh,betapa aku byk menyesal hal dulu2.aku selalu fikir and keep saying..."kalau la itu..kalau la ini...".semua tu dah macam tak ada guna.emm..

so,aku nk ckp kat sini,mmg sgt tak selesa hidup dengan perasaan mnyesal.sbb,mmg jarang kita boleh berpatah balik.plus,apa yang jasi macam salah diri sendiri..

apa yang aku nak cakap kat sini,aku sgt bersalah utk bersuke2 if ada hati yg menangis...

sbb,aku pun menangis...............maaf,sy yang salah.
aku harap sgt berkat bulan baik ni,ade something magic comes to me..

Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan.

selamat menyambut bulan ramadhan semua ya.harap2 ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas2 ok??jom sama2 kita bertarawih selagi mampu.sebabnya,aku kira kita belum tentu ada nafasnya untuk puasa tahun depan kan?yup,aku pun mesti motivasikan diri sendiri utk jadi hambaNya yang lebih baik tahun ini.tambahan dengan umur yang akan bertambah beberapa bulan lg..chewahh..nak request hadiah ke ni??(yup,aku sedang meminta hadiah).

teringat puasa masa kecik2 dlu.puasa ibarat nyawa-nyawa ikan.menunggu masa untuk berbuka saja.memang tak larat nak buat ape2 dah.serius kelakar.tapi,bila dah besar panjang ni,puasa just a simple things 2 follow kan??ops!aku da kawan2 yang umurnya lebih kurang aku saja tapi tak dapat nak puasa dengan sebetulnya.OMG!lelaki pulak tu..haih.

macam terkilan dan barangkali sedikit hairan rasanya.bukan niat untuk memperlekehkan.tapi,dulu masa kecik2 mereka2 ini tidak dilatih ke??agaknya begitulah.jauh sekali aku ingin menyalahkan ibubapa mereka.cuma sangat hairan.

hmm..macam mana kalian semua lelaki2 gagah yang tak dapat menahan diri utk berpuasa nak jadi calon husband aku??wah2...hahahaha.tapi betul jugak ye,kalau puasa pun tidak larat..korang memang tak rock okeys???i nak lelaki yg dapat puasa penuh..(kecuali bekerja berat2 yang memang diharuskan utk berbuka).

dan,tahun ni,aku tak nak teman kawan2 aku pegi "drive thru" mcD yang lazat itu utk tapau lagi okeys??aku dah tak nak bersubahat..ouh!jahat sgt gunakan utk beli mentang2 aku perempuan.for sure ade alasan yang kukuh utk berbuka kan?hehehe.

kadang2,selepas smlm,aku rase aku baru start a new life.selepas settlekan ape2 yang aku pendam selama ni dgn org yang berkenaan.so,aku harap ramadhan ni adalah time yang paling baik dan paling sesuai utk hidup aku yang baru ni..aminn..

p/s:petang ni sure beli murtabak..yum2..

Sunday, August 1, 2010

saya benci selsema!

bukan nak menyalahkan Tuhan yang memberi aku virus ni.tapi,kenyataannya,aku tak suka kena selsema.tambahan memang aku sangat jarang dijangkiti virus ni.huh.
benci bila hidung mula berair dengan tersumbat lagi.dan yang palin penting,terpaksa tido dengan mulut yang sedikit ternganga!biasalah bila selsema,kepala pun berat je..macam nak sepak orang je tiap2 masa.so,aku kena mengelak daripada ramai yang kena sepak,better dirumah sahaja weekend kali ni.terselamatlah orang2 diluar sana ya..HAHAHAHAHA.

batuk pun ada jugak sikit2 ni.aduh,sangat susah nak tido.kena berhabis bergelen2 air untuk kurangkan bunyi bising dalam tekak ni.baru la boleh tido.tu pun tengok keadaan jugak.

dan biasanya demam memang didatangkan secara pakej dan bukannya ala carte..

pakej:
-demam(panas2 badan...)
-selsema(hidung berhingus,berair...,bersin dengan teruk)
-batuk(sakit tekak...)
-sakit kepala
-sakit mata(mata rase nak terkeluar,senak..)

siapa yang bertuah akan dapat pakej ni,sekaligus.tapi,bak kata kawan aku sorang tu,Tuhan nak ampunkan dosa2 kecil,sebab tu dia bagi kita sakit2 ringan ni..

semoga terampun la dosa2 kecil saya itu..aminnn..

Monday, July 12, 2010

kembali bersekolah

aku mendaftar untuk sem baru tadi.yes,semester 4.bunyinya macam dah dekat nak abis kn?tapi,aku yang merasa..so,aku tahu bukan senang nak habiskan satu demi satu semester.huh.syukur aku dah berjaya melepasi killer subjek yang paling banyak pengikut dan pengulang dari semua semester.costing,aku memang sedikit berdendam dengan kau okeys??dah nasib..ops,mak aku cakap,kena syukur sebab aku tak perlu repeat.ye,alhamdulillah.
macam biasa,bila je melangkah masuk semester baru,mesti dalam hati aku akan berbunyi begini.."aku nak buat yang terbaik sem ni,tengokla kalau tak percaya".itu akan berlaku time hari daftar je..bila kelas dah mula..aku mesti dah start main2..lupekan semua yang dalam hati tadi..hahahaha.cis,apelah kau ni yunne..hangat2 tahi ayam.
bila pulak datang kawan2 yang ajak aku tgk wyang laa,karaoke lagi,main game kereta lagi..huh.ops!aku bukan menyalahkan kawan2 sebab kadang2 aku lah yang hasut mereka semua..ajakan aku memang power sampai diaorang memang susah nak cakap "TIDAK".(padahal kawan2 aku semua jenis setan dan kaki enjoy macam aku)tapi kami bebas dari alkohol dan dadah ok???itu buat aku bangga dan rasa bukan macam sampah masyarakat.yeay!
tadi cikgu2 aku membebel banyak la jugak.biasala bila orang diharapkan dalam kelas pun result hampeh..hahahaha.aku bukan nak berbangga,tapi itu knyataan dan aku harap ianya berterusan sampai aku akhir semester.

kesimpulanya,aku nak rasa perasaan time hari daftar tu tiap2 hari sampaila aku habis sem..boleh??kalau tak,aku selalu lupe..lupe diri,lupe belaja..lupe semuanya..;(

Monday, July 5, 2010

tiada peluang.

aku memang rasa tak boleh tahan bila seseorang tu buat aku macam patung.aku ni ada perasaan jugak ye kalian semua.then,tolong jangan hegeh2 nak cari aku bila aku dah down or tak nak ok??pantang betul aku.yela,tima aku ada,amik berat and segala bagai..buat2 tak kisah kn.so,sekarang aku dah down and tak rase nak kawan pun,jangan tetibe berubah sebab aku betul2 rasa janggal and nak muntah.huh!
tapi,hati aku lembut and tak sampai hati la kot.bile orang dah start cakap baik2 dengan aku,layan aku elok2,tak sampai hati nak layan dengan sadis walaupun dia pernah buat aku macam tu dulu2.emm..bila time aku dah rasa nak stop,jadi macam ni pulak..haih.aku layan teruk macam2 pun dia boleh tahan lagi.hairan diri saya..
bertambah tak boleh tahan bila aku macam tak ade peluang untuk melarikan diri,membuat pilihan berkawan dengan yang lebih baik.
correction,padahal aku yang tak sampai hati kan??
kawan aku ada cakap,kadang2 kita kena jadi kejam untuk hepikn diri sendiri..sebabnya,orang pun selamba je dajalkan kita..
entah..
mari kita saksikan endingnya..
aku sendiri pun tak sabar nak tau ending ni..

pilihan di tangan aku kn?