Sunday, August 1, 2010

saya benci selsema!

bukan nak menyalahkan Tuhan yang memberi aku virus ni.tapi,kenyataannya,aku tak suka kena selsema.tambahan memang aku sangat jarang dijangkiti virus ni.huh.
benci bila hidung mula berair dengan tersumbat lagi.dan yang palin penting,terpaksa tido dengan mulut yang sedikit ternganga!biasalah bila selsema,kepala pun berat je..macam nak sepak orang je tiap2 masa.so,aku kena mengelak daripada ramai yang kena sepak,better dirumah sahaja weekend kali ni.terselamatlah orang2 diluar sana ya..HAHAHAHAHA.

batuk pun ada jugak sikit2 ni.aduh,sangat susah nak tido.kena berhabis bergelen2 air untuk kurangkan bunyi bising dalam tekak ni.baru la boleh tido.tu pun tengok keadaan jugak.

dan biasanya demam memang didatangkan secara pakej dan bukannya ala carte..

pakej:
-demam(panas2 badan...)
-selsema(hidung berhingus,berair...,bersin dengan teruk)
-batuk(sakit tekak...)
-sakit kepala
-sakit mata(mata rase nak terkeluar,senak..)

siapa yang bertuah akan dapat pakej ni,sekaligus.tapi,bak kata kawan aku sorang tu,Tuhan nak ampunkan dosa2 kecil,sebab tu dia bagi kita sakit2 ringan ni..

semoga terampun la dosa2 kecil saya itu..aminnn..

No comments: