tambahan pula dengan masa yang tidak mencukupi untuk preparation.memang agak sadis.cuma 15 minit untuk berbincang tajuk lagu yang akan dipilih,then kami akan bertanding pada esok harinya.logik ke??
ada 3 group yang bertanding dan semuanya dikalangan rakan2 kelas sahaja.petang tu macam ragam dan mimik muka masing2.semua protes dalam hati.dengan keadaan yang berpuasa lagi,terpaksa praktis.kalau boleh minum air,tak ape jugak kan.hmm..
setelah berpenat lelah bertekak tentang tajuk lagu nasyid yang aku sendiri pun tidak berapa arif,kami memilih lagu Demi masa.yup,yang Kumpulan top nasyid dulu tu,Raihan.
kami pun menggoreng la lagu tersebut sampai petang,petang sangat.ada yang suggest nak praktis malam dan aku memang fight habis-habisan,aku tak nak datang malam!!memang mengganggu time rehat n study.dah la dah dekat midterm exam.aku memang hairan kenapa terlalu bersemangat??padahal buat aje lah.plz jangan rumitkan keadaan.
dengan tema purple and pink,keesokan harinya aku pun pergi ke kolej dengan berbaju purple.ape??nak tengok aku pakai pink??ops!!sorry.aku benci warna ala2 bapuk itu ok??
then kami kena naik pentas sebelum ceramah dimulakan pagi tu.aku memang tak join menyanyi pun.sebab aku dengan atia akan memakai telekung dan berpura2 berdoa di atas pentas semasa diorang semua menyanyi nanti.ye,phantomen.
tapi,disebabkan kesilapan teknikal,kami terpaksa turun semula dari pentas.ouh!bukan kami,sebab aku tidak terlibat dalam aksi yang memalukan itu.hahaahaha.music tak dapat dimainkan.so,kena buat lagi sekali lepas ceramah.memang memalukan sebab memang dapat sorakan yang gemuruh dari audience yang macam haram itu.yela,kalau kesalahan kita memang cepat je orang nak gelakkan kita.aku memang faham tu.
selepas ceramah yang sangat besh dar Tuan Haji Nazri itu,kami sekali lahi naik ke pentas.semasa diorang tengah syok menggorang lagu,aku dan atia,dengan telekung yang putih bersih,naik ke pentas.kami berpura2 membaca Yasin dan berdoa.TETAPI,macam ajaib..aku memang pada mulanya memang agak malu dan nak tergelak,bila duduk je atas sejadah dan memegang naskhah suci tu,terus rasa sayu yang amat sangat.ye,ala2 video clip..hmm..memang sangat sedih tetibe je.kami betul2 menangis dengan iringan lagu dari kawan2 yang sangat menghayati.
Tuhan,hebat betul naskhah suciMu.sangat terasa kekerdilan diri sendiri.
ramai yang terdiam.
termasuk pensyarah dan penceramah.
mungkin masing2 pun sedang menginsafi diri masing2.
namun,semua usaha memang tidak sia2 selepas kami diumumkan sebagai pemenang...
"tak sia2 korang pakai telekung dan menangis tadi"kata puteri kepada aku dan atia.
"tak sia2 korang nyanyi dengan semangat tadi"
puteri.me
No comments:
Post a Comment