Sunday, July 31, 2011

totally lost.

haih.sangat serabut ni.adakah aku tengah melakukan kesalahan besar??

well,hidup ni memang macam ni ke?wahh,banyak betul soalan hari ni ye.kelakarlah pulak.actually,i got something to share babes.

ada satu situation yang memerlukan kira2,pandangan,ujikaji,pengalaman dan survey yang aku kira agak tinggi untuk selesaikan perkara ni.

mungkin clash i mean break-off tu something yang amat biasa kan.tapi,kalau berpatah balik kepada orang yang kita dah tinggalkan or ditinggalkan pun tidaklah rare sangat kot.tetapi,berpatah balik dengan keadaan yang sudah berpunya sangatlah salah!!

don't do that.

huh??sebabnya maybe kita akan dikenakan hal yang sama.orang tinggalkan kita without fikir perasaan kita jugak one day.karma kan.seram je bunyinya.

jeng..jeng..jeng..

aku dah tengok banyak perkara yang direversekan balik.depan mata pulak tu.member2 rapat,kaum kerabat dan lain2.so,aku fikir Tuhan tu tidaklah kejam.Dia akan bayar balik apa yang kita buat secara cash!yeah.cash baby..ayat senangnya,what u give,u get back..

will continue later.

*pause*

*berfikir*

Friday, July 29, 2011

diantara dua.

life ni kadang2 sangat rare sampaikan apa yang berlaku dalam hidup terasa sangat asing.weird.setiap hari ada saja masalah baru yang timbul.maybe bunyinya sangat klise tapi,cubalah fikir.ada kan??

diantara dua keadaan penting yang kita sendiri tidak dapat memilih rasanya amat pedih bukan?well,aku baru perasan satu benda yang aku selalu buat lately.memilih untuk faham kesusahan orang lain tanpa sedar,aku sebenarnya telah berkorban hak sendiri.

yelah,kita seharusnya mendahulukan perkara2 yang penting dan serius dalam hidup.tapi,tak sangka sebenarnya kita sedang beralah tentang sesuatu perkara yang penting dalam life kita juga.apa yang paling jelas,kita hanya akan menyedari hal ini bilamana hati telah terlalu kecil jadinya.terlalu banyak memendam.

maybe,ini just dugaan.tapi,semua berkaitan dengan perasaan adalah bahaya dan unpredictable.


dan seharusnya aku harap aku belum sampai tahap paling ranap dalam diri ini.

Monday, May 23, 2011

saya nak biasa2 je wak.

well,selepas dilihat2 realitinya.saya membuat keputusan untuk tidak memilih orang yang workaholic sebagai calon husband.

sebabnya terlalu banyak.bila difikirkan,saya tak nak duduk depan tv sorang2 sambil bimbang kemana husband saya menghilang.Ouh!sadis bila tengok dalam drama melayu tempatan bila scene wife cantik2 yang malam2 pun pakai fake lashes terlelap atas sofa.

dalam life aku,aku harap aku tak perlu sebut dialog ni,

"u pegi mana?lewat baru balik"
and aku harap aku tak dapat jwapan macam ni,
"i pegi kerja la sayang.i jumpe client jap tadi"

plus,aku tak nak bila aku dah tido baru husband aku balik rumah.then tido kat sebelah.wow!dah macam hotel dah nampaknya rumah tangga aku kalau macam tu lah gayanya kan?dan jugak macam aku and my husband ni stranger.wtf!

haa,plus kalau hari minggu,aku prefer pegi shopping or mana2 dengan husband.lahai,romantik gituuu.so,aku harap bukan aku kena hadap weekend sorang2.bosannya?ataupun,kalau ala2 kaya sikit,drebar yang temankan.hai,apalah nasib kalau macam tu.

okay,jom cakap bab makan pulak.apa guna ada meja makan yang mahal kalau makan sorang2??aduh,aku nak makan dengan husband aku lah.pastu,kalau lauk tak habis,membazir macam dalam cerita melayu tu.(lauk mengalahkan nak buat kenduri)nampak sangat penipunya.

so,the conclusion is,aku nak husband yang berduit,cukuplah mampu tanggung yang sepatutnya.tak payahlah kalau setiap kali merajuk aku dapat rantai berlian pun tak apelah wak.yang dapat menemani time2 lapang dan susahsenang.and yang paling penting,balik kerja dengan muka senyum sebab tengok wife yang paling cantik dan bukannya balik dengan muka masam sampaikan nak tengok muka wife sendiri pun tak lalu.haih.

Wednesday, May 18, 2011

tips memikat.diuji secara praktikal.


muak tak baca title post kat atas tu??(>;<)

tetiba rasanya nak berkongsi sedikit tips2 bangang untuk korang2 semua.sebenarnya,ni gara2 terpengaruh dengan cerita inggeris yang saya sendiri pun dah lupa apa tajuknya.tapi,kalau tak salah,pelakonnya kate hudson.jangan bimbang ya,semua tips2 yang bakal saya sebut,semuanya telah diuji secara praktikal.ahaks!

1.lelaki memang pantang perempuan yang terhegeh2

ini memang kes perigi cari timba lah kan.so,apa kata biar mereka2 yang gagah perkasa tu yang cari korang dulu.yup,sangatlah difahami kadang2 kita rasa rindu dan yak sabar2 nak jumpa.last2,kita jugak yang call ajak dating.jadi macam tak syok lah babe.sebab mesti diaorang rasa bagus and jejaka paling macho dalam malaya.huh!bila dah rasa tak ada cabaran,lelaki cepat chow..'tata awak'.

2.hero2 ni jangan selalu kita cakap 'yes'.

apa kata sekali sekala tolak ajakan mereka2 ni untuk keluar makan,tengok wayang or apa2 jelah.kadang2 rasa frust akan membuatkan si dia tidak akan pernah jemu untuk ajak awak keluar.(selagi tak berjaya).bagus bukan?nampaknya dia mengejar kita!auwww!

3.say no to 3G!

bila dia 3G,cepat2lah reject.kita mahal okay,suka hati aje nak tengok bila2 yang diaorang nak.kalau nak,bayarlah..heheheehheeheheehe.kidding!

4.jangan buat2 pandai sangat.

kebanyakan lelaki tak suka perempuan yang buat2 tahu banyak sangat.yelah,takut kalah agaknya.tapi dalam masa yang sama diorang mesti nak cari gf yang bijak.so,pandai2 lah nak separate kan ye?

5.berjalan buat2 lupa dia kat sebelah

hahahahaha.macam kejam kan??alah,awal2 je.buat macam jalan sorang2 sambil lihat keindahan alam or tengok baju2.dalam hati mesti dia akan try nak tarik perhatian you all sampai you all tak tengok baju2 yang tengah sale tu!

6.call member lelaki yang lain

haa,time korang keluar sama,why not korang call kawan korang yang lelaki depan dia.hihihi.kasi dia panas la babe.biar dia jeles.jeles kan tanda sayang?


banyak lagi ni,tapi setakat ni dulu.

p/s:ni untuk mula2 nak tackle je tau.kalau dah couple,memang impossible la nak menolak bila dia ajak dating kan??;p

Monday, May 16, 2011

pakai bra vs pakai tudung.

well,memang tidak dinafikan soal berpakaian tu hal personal.masing2 punya cara.kalau kita nak komen lebih2 pun,karang diri sendiri termalu kan??

"masing2 punye kubor lahh!"

haa,tapi kan,apa kata sopan sikit.yelah,aku sendiri pun bukan bertudung sangat pun.tapi,memadailah kalau sopan.tak semestinya pakai tudung tu sopan okay.aku jadi termalu sendiri pulak bila tengok ada segolongan umat yang bertudung tapi lurah,bukit,gunung semua terkeluar.haih.macam mana tu ye?kadang2,lebih rela tengok orang pakai dress sexy2 pulak.

okay,nak dijadikan cerita.one day aku keluar pergi main bowling.then aku noticed lah ada sorang minah ni tengah baling bola.aduh!!tolonglah.pkai tudung memang bapak jarang.siap boleh nampak dia ikat rambut jenis macam mana.then,tak cukup dengan tu,pakai t-shirt(kadang2 nak cakap singlet tali lebar pun boleh),plus,tudung yang diselempangkan di dada.nampak lurah sioottt!

malu ai.

pebenda ke gayanya tu??

aku memang tak faham kalau macam tu lah gaya pakainya.kesian aku tengok makcik dan pakcik2 kat situ.aku pun jadi terfikir,kalau aku pakai macam tu mesti malu mak bapak aku.tak sanggup.

bukan nak cakap aku ni perfect ke ape,tapi korang faham kan apa yang aku cuba sampaikan ni??entahlah.sampaikan bf aku pun boleh mengtuk sama.dia cakap kalau aku pakai macam tu,jangan harap dia nak ajak aku jalan sebelah dia.apatah lagi nak mengaku awek.haaa,hambik kau nini!

and,aku siap dengar lagi geng2 laki sebelah aku megutuk.nak tau dia cakap ape.salah sorang dalam ramai2 tu cakap,aku rela tengok perempuan pakai bra je,tak adalah meluat macam minah tu.

aik??macam tu ek?

hahahahahaha.aku pun tak tahu.and ada satu kes lagi pompuan naik lrt sama dengan aku.berdiri.and bila dia angkat tangan nak pegang pemegang atas tu.ya Rabbi,baju lengan singkat tak pelah kan.tapi,bulu ketiak tu shave la kak oiii!ape benda semua ni.tak logik lah weh.aku punya malu macam orang tengah tegok ketiak aku pulak.aduh.



Saturday, April 30, 2011

ujian2 hidup


well,life memanglah full of test from God right?
aku sangat terfikir apa yang berlaku kadang2 tak logik.huh.hairan jugaklah bila aku dah study 'kaw-kaw' hasilnya tak memberangsangkan.i mean,aku akan keluar dari dewan exam dengan muka yang masam and dead!teruk kan??

tapi,bila aku buat tak kisah je dengan exam keesokannya,hasilnya..wow!!not bad.*senyum*.bukan nak berlagak perfect atau berlagak,tapi aku keluar half an hour awal sambil senyum.

so,aku macam terfikir."kalau tahu macam ni,baik aku tak payah study beria sangat.ah,lantaklah".

pernah tak kamu2 misalannya,berpengalaman macam aku?
magic kan?

Wednesday, April 27, 2011

tahukah anda??


terlalu banyak or ramai sangat2 perempuan yang dikecewakan lelaki pada masa kini.terlalu banyak sehinggakan kita boleh lihat dengan mudahnya kawan2 sekeliling yang bersedih.TAPI,perasan tak bila kita sama2 perempuan ni,macam emosi tu boleh berjangkit2.weehuu~

contohnya bila hosemate kita bersedih or ada problem,then bila kita dengar cerita mereka2,kita turut sedih je dalam hati.heh.emotional??entahlah.walhal aku sendiri pun tak terkecuali.bila hari tu housemate aku frust dengan sorang mamat ni,aku pun turut melibatkan masalah2 tu dalam life aku.aku pun start fikir....

-kalau macam tu,brtul ke tak bf aku sayang aku ye??

-kalau dia pun tinggalkan aku macam kawan aku kena macam mana agaknya??

-alah,belum tentu dia serius even dia dah jumpa mak bapak aku(tetibe tak percaya pada bf sendiri)sebab nak aplikasikan masalah member dalam hidup sendiri punye pasal.hahahaha.

-aku kena kurangkan sikit percaya kat dia ni(bf)..

nampak tak macam mana seorang perempuan memang tak boleh nak handle emosi bila dengar or tahu kawan2 ada masalah.mesti nak aplikasikan dalam life sendiri jugak.kan??

tu maknanya sisterhood yang kuat.tak macam lelaki.kurang alert dan emosi macam tu.then aku pun realize lah tentang bahayanya perempuan sebagai ketua keluarga.memang hancur la kalau dia dengar kawan bercerai berai,habis dia pun join bercerai sekali agaknya bila orang cakap lelaki semua tak guna.haih.

sesak jugak lah jadinya kan.btw,aku pun memang kadang2 pun macam tak boleh handle emosi sendiri.bahaya kan.