Monday, October 17, 2011

tired

now i really understand why people keep avoiding problems.

so unhappy right now.because i can't do even a single things in a sad mood.

the date line is tomorrow.but,still not complete yet.

and yes,the emotions blocked my minds n my body to move.no idea generated.

and yes,the emotions controlled me now.very tired with doing nothing.no one can see through me.it hard babes.actually,its full now.full of problems and sorrow.

when i'm in trouble,i can't do anything.seriously.its mean go to hell thesis or whatever.

Saturday, September 10, 2011

hope.

i'm thinking of u.yes,u.

can u please say 'hello' to me.

because lately, i feel u are not around.

am i invisible to u now?


Monday, August 29, 2011

lebaran yang dalam

memang lebaran kali ini sangat dalam maknanya.ye,buat kami sekeluarga.mungkin kerana keakraban antara kami makin kukuh.dan aku yakin bondaku sangat teruja untuk menanti raya yang ke-4 tahun ini.aku bakal menerima ahli keluarga baru.dan mak aku sangat teruja untuk mula menyayangi bakal menantunya.sumpah,excited dowh!

dulu2,aku just excited hari raya tu sekadar selepas sebulan berpenat lelah puasa menahan lapar dahaga.kali ini sangat berbeza perasaannya.aku kira ini tidak lain tidak bukan sebab aku adik aku bakal bertunang dan kami semestinya dapat ahli baru dalam family.memanglah just bertunang,tapi aku dalam hati senyap2 dah melabelkan dia sebagai adik ipar aku.

well,memanglah ada bendul yang dilangkah memandangkan aku belum apa2.yelah,single,solo dan perkataan senangnya still bujang.biasalah ada orang tua2 yang tak penat bertanya itu ini dengan aku.haih,aku pun macam hairan.salah ke kalau adik dulu?lagipun,adik aku just akan bertunang.not yet married lah auntie.huuu.jodoh,siapa tahu.ada jugak yang agak lancang bertanya perasaan aku bila adik aku dulu yang akan diikat.macam aku cakaplah,tak kisah.aku pun still muda.baru 23 lah korang!awww..

aku pun kesian dengan mak aku yang pun nampaknya penat jugak menjawab dengan kawan2,sedara mara dan jiran2.macam aku ni dah tua sangat kan?bukan nak mengutuk la,tapi mentaliti some of us(malay people) sangatlah kolot.adat tu memanglah.tapi tak kan sampai nak sekat jodoh yang datang.kan?

apa2 pun,aku sangat happy raya tahun ni.dan apa yang paling melegakan aku bila aku tengok gelak senyum kedua orang tua aku yang sangat excited dengan majlis yang bakal berlangsung ini.kalau boleh semua barang nak ditukar baru.tu baru nak bertunang.kalau kawin??haish...

selamat hari raya.

alhamdulillah,aku masih dipinjamkan nyawaNya untuk mengecapi ramadhan tahun ini.

awak,terima kasih untuk tahun kedua raya bersama.

=)


Sunday, August 7, 2011

semoga.

semoga Tuhan terus mendakap aku dalam rahmatNya,

mengheret aku jika terpesong,

Ya Allah,

semoga apa yang menjadi milik aku,

kekal bersamaku.

amin.

Thursday, August 4, 2011

zaman yang tak mungkin boleh diulang

wahh,hari ni aku tetiba teringat zaman dulu2.waktu saya kecik2.ok *pause*.sekarang pun aku kecik jugak.maksudnya time aku muda2,budak2.huu.

musim raya zaman kita kecik2 best kan??

bagi aku laa.korang aku tak tahu.i mean zaman tahun 1995-2000.hahaha.nampak sangat aku dah tua sekarang.shhhh~
well,aku teringat raya time dulu2.balik je kampung mesti rasa jakun giler sebab tengok sepupu sepapat main congkak dalam tanah.lubang2 tu buat sendiri korek tanah.aku bukanlah terlalu town girl sampaikan tak pernah tengok congkak tanah tu.tapi,memandangkan dengan perangai mak aku yang agak bimbang dan mengongkong semua perkara2 tu,aku jadi jakun sekejap.yelah,mak aku memang pantang anak dia main pasir or whatsoever.huh.terlalu menjaga agaknya.ops!mengata kat mak sendiri pulak ye...

lepas tu,bila hari raya je mesti nak pilih geng masing2(sepupu yang disukai)untuk sama2 join rombongan raya rumah ke rumah.masa tu bukan nak menziarah sangat,tapi nak kumpul duit raya dengan usaha gigih yang memang hardcore sampai panas terik pun tak terasa.fuhhh!
dahsyat kan?

yang kelakarnya,ada yang siap sanggup pergi 2 or 3 kali rumah yang sama.tu pun kalau rumah tu memang rumah 'kaya' yang suka bagi duit kertas.kalau bagi duit syiling,jangan harap nak rajin2 pergi banyak kali!hahahahaha.jahat kan?tapi,perasaan jadi budak2 ni seronok sebab rasa semuanya direct to the point.yelah,budak2 manalah reti nak simpan2 or menipu sangat.kalau tak suka,memang obviously dowh!

cerita menarik sepanjang tahun is memang setiap tahun adalah rumah yang akan dicop sebagai rumah kedekut.well,kalau orang rumah tu bagi duit syiling je,kedekutlah namanya.dan,rumah tersebut akan di black listkan untuk tahun depan dan depan2nya.hahaha.maknanya,tak ada la kitaorang nak hadap nak pergi rumah kau dah tahun depan.sayonara~
dan macam biasa mestilah ada jugak rumah yang akan menang setiap tahun.jadi,tuan rumah tu kena bersedia untuk serbuan secara besar besaran tahun depan ye.yelah,awak kan rumah kaya...lalalallalalaala~

okay,bila malam time kira hasil pendapatan ni memang aku benci.nak tahu kenapa??adalah beberapa orang sepupu yang bukan geng aku(tidak digemari)menangis.huh!yelah,tak reasonable langsung lah.pergi rumah berbeza,then bila hsil pendapatan tak sama,nak teriak pulak!mulalah menangis..aku bencilah.then mak dia akan tambahkan berapa jumlah yang tak cukup nak bagi sama dengan kitaorang punya duit.drama giler.dan menda macam ni berlaku setiap tahun.even aku dah besar pun,still ada yang mewarisi perangai tu..

kelakar bila ingat.aku stop ikut rombongan raya rumah ke rumah ni bila start masuk darjah 6.malu lah time tu.saya kan dah besar sebab dah nak masuk sekolah menengah..wehuu~

sekarang sepupu2 aku yang sama2 berjuang cari duit rasa kala dulu dah beranak pinak pun.aku je belum.hahaha.sebab aku paling junior antara diorang2.kadang2 bila dah ada family masing2,hubungan dulu yang rapat tu agak janggal dan tak sama macam dulu.sedihnya.maybe sebab komitmen untuk family masing2 kot.

ahh..saya rindu lah darjah2 dulu.

;(

Monday, August 1, 2011

siapa puasa,boleh raya.


yeay!puasa datang lagi(bunyi macam tora datang lagi kan??)

syukur kepadaMu Tuhan kerana masih mahu meminjamkan nyawa kepada hambaMu ini.

bila dah masuk bulan puasa ni,segala2nya akan jadi sibuk kan.yelah,semua orang berasak2 keluar mencari barang2 dapur yang perlu ditopup.tadi aku keluar ke town,bukan sebab nak beli barang dapur or pape.just keluar mencuci mata sebab lama sangat tak keluar jalan2.tapi,ya Rabbi...punyalah ramai manusia.di setiap ceruk.aduh!

bayangkan dalam mall boleh full macam dekat pasar okeys?well,aku sangatlah tak selesa sebab kadar oksigen perlu dikongsi dengan beribu2 orang.sesak!aircond pun dah tak terasa.pizza hut,full.kfc,full.johnnys,full.even toilet pun full.apa ni weh??

pelik aku tengok cara orang makan hari ni.macam puasa esoknya tu tak boleh berbuka.hentam makanan habis-habisan.hahahahaha.kelakar lah.plus,bersuka ria macam bulan puasa nanti kita semua memang tak akan ada energy langsung.huuu~

kadang2 macam playground pun ada sebab dengan riuh rendah budak2 berlari sana sini.dengan yang menangis lagi.dan mengamuk sebab parents tak nak belikan mainan pun amatlah ramai.

then aku jadi terfikir.macam mana la kalau aku ada anak nanti ye??

yang paling menarik,time aku tengok wayang tadi.ada jugak yang bawak masuk baby.sangat kecik ok??apalah yang parents dia fikir ye.kan sejuk dalam wayang.hmm..menangis pulak tu.baby tu tak salah maybe dia menangis sebab sejuk.haiya.

and,tengok wayang sangat full.sampaikan aku rasa macam tengah naik bus yang banyak seat sambil tengok tv.hahahahahaha.

funny huh??

salam ramadhan 2011 everyone.:)

Sunday, July 31, 2011

totally lost.

haih.sangat serabut ni.adakah aku tengah melakukan kesalahan besar??

well,hidup ni memang macam ni ke?wahh,banyak betul soalan hari ni ye.kelakarlah pulak.actually,i got something to share babes.

ada satu situation yang memerlukan kira2,pandangan,ujikaji,pengalaman dan survey yang aku kira agak tinggi untuk selesaikan perkara ni.

mungkin clash i mean break-off tu something yang amat biasa kan.tapi,kalau berpatah balik kepada orang yang kita dah tinggalkan or ditinggalkan pun tidaklah rare sangat kot.tetapi,berpatah balik dengan keadaan yang sudah berpunya sangatlah salah!!

don't do that.

huh??sebabnya maybe kita akan dikenakan hal yang sama.orang tinggalkan kita without fikir perasaan kita jugak one day.karma kan.seram je bunyinya.

jeng..jeng..jeng..

aku dah tengok banyak perkara yang direversekan balik.depan mata pulak tu.member2 rapat,kaum kerabat dan lain2.so,aku fikir Tuhan tu tidaklah kejam.Dia akan bayar balik apa yang kita buat secara cash!yeah.cash baby..ayat senangnya,what u give,u get back..

will continue later.

*pause*

*berfikir*

Friday, July 29, 2011

diantara dua.

life ni kadang2 sangat rare sampaikan apa yang berlaku dalam hidup terasa sangat asing.weird.setiap hari ada saja masalah baru yang timbul.maybe bunyinya sangat klise tapi,cubalah fikir.ada kan??

diantara dua keadaan penting yang kita sendiri tidak dapat memilih rasanya amat pedih bukan?well,aku baru perasan satu benda yang aku selalu buat lately.memilih untuk faham kesusahan orang lain tanpa sedar,aku sebenarnya telah berkorban hak sendiri.

yelah,kita seharusnya mendahulukan perkara2 yang penting dan serius dalam hidup.tapi,tak sangka sebenarnya kita sedang beralah tentang sesuatu perkara yang penting dalam life kita juga.apa yang paling jelas,kita hanya akan menyedari hal ini bilamana hati telah terlalu kecil jadinya.terlalu banyak memendam.

maybe,ini just dugaan.tapi,semua berkaitan dengan perasaan adalah bahaya dan unpredictable.


dan seharusnya aku harap aku belum sampai tahap paling ranap dalam diri ini.

Monday, May 23, 2011

saya nak biasa2 je wak.

well,selepas dilihat2 realitinya.saya membuat keputusan untuk tidak memilih orang yang workaholic sebagai calon husband.

sebabnya terlalu banyak.bila difikirkan,saya tak nak duduk depan tv sorang2 sambil bimbang kemana husband saya menghilang.Ouh!sadis bila tengok dalam drama melayu tempatan bila scene wife cantik2 yang malam2 pun pakai fake lashes terlelap atas sofa.

dalam life aku,aku harap aku tak perlu sebut dialog ni,

"u pegi mana?lewat baru balik"
and aku harap aku tak dapat jwapan macam ni,
"i pegi kerja la sayang.i jumpe client jap tadi"

plus,aku tak nak bila aku dah tido baru husband aku balik rumah.then tido kat sebelah.wow!dah macam hotel dah nampaknya rumah tangga aku kalau macam tu lah gayanya kan?dan jugak macam aku and my husband ni stranger.wtf!

haa,plus kalau hari minggu,aku prefer pegi shopping or mana2 dengan husband.lahai,romantik gituuu.so,aku harap bukan aku kena hadap weekend sorang2.bosannya?ataupun,kalau ala2 kaya sikit,drebar yang temankan.hai,apalah nasib kalau macam tu.

okay,jom cakap bab makan pulak.apa guna ada meja makan yang mahal kalau makan sorang2??aduh,aku nak makan dengan husband aku lah.pastu,kalau lauk tak habis,membazir macam dalam cerita melayu tu.(lauk mengalahkan nak buat kenduri)nampak sangat penipunya.

so,the conclusion is,aku nak husband yang berduit,cukuplah mampu tanggung yang sepatutnya.tak payahlah kalau setiap kali merajuk aku dapat rantai berlian pun tak apelah wak.yang dapat menemani time2 lapang dan susahsenang.and yang paling penting,balik kerja dengan muka senyum sebab tengok wife yang paling cantik dan bukannya balik dengan muka masam sampaikan nak tengok muka wife sendiri pun tak lalu.haih.

Wednesday, May 18, 2011

tips memikat.diuji secara praktikal.


muak tak baca title post kat atas tu??(>;<)

tetiba rasanya nak berkongsi sedikit tips2 bangang untuk korang2 semua.sebenarnya,ni gara2 terpengaruh dengan cerita inggeris yang saya sendiri pun dah lupa apa tajuknya.tapi,kalau tak salah,pelakonnya kate hudson.jangan bimbang ya,semua tips2 yang bakal saya sebut,semuanya telah diuji secara praktikal.ahaks!

1.lelaki memang pantang perempuan yang terhegeh2

ini memang kes perigi cari timba lah kan.so,apa kata biar mereka2 yang gagah perkasa tu yang cari korang dulu.yup,sangatlah difahami kadang2 kita rasa rindu dan yak sabar2 nak jumpa.last2,kita jugak yang call ajak dating.jadi macam tak syok lah babe.sebab mesti diaorang rasa bagus and jejaka paling macho dalam malaya.huh!bila dah rasa tak ada cabaran,lelaki cepat chow..'tata awak'.

2.hero2 ni jangan selalu kita cakap 'yes'.

apa kata sekali sekala tolak ajakan mereka2 ni untuk keluar makan,tengok wayang or apa2 jelah.kadang2 rasa frust akan membuatkan si dia tidak akan pernah jemu untuk ajak awak keluar.(selagi tak berjaya).bagus bukan?nampaknya dia mengejar kita!auwww!

3.say no to 3G!

bila dia 3G,cepat2lah reject.kita mahal okay,suka hati aje nak tengok bila2 yang diaorang nak.kalau nak,bayarlah..heheheehheeheheehe.kidding!

4.jangan buat2 pandai sangat.

kebanyakan lelaki tak suka perempuan yang buat2 tahu banyak sangat.yelah,takut kalah agaknya.tapi dalam masa yang sama diorang mesti nak cari gf yang bijak.so,pandai2 lah nak separate kan ye?

5.berjalan buat2 lupa dia kat sebelah

hahahahaha.macam kejam kan??alah,awal2 je.buat macam jalan sorang2 sambil lihat keindahan alam or tengok baju2.dalam hati mesti dia akan try nak tarik perhatian you all sampai you all tak tengok baju2 yang tengah sale tu!

6.call member lelaki yang lain

haa,time korang keluar sama,why not korang call kawan korang yang lelaki depan dia.hihihi.kasi dia panas la babe.biar dia jeles.jeles kan tanda sayang?


banyak lagi ni,tapi setakat ni dulu.

p/s:ni untuk mula2 nak tackle je tau.kalau dah couple,memang impossible la nak menolak bila dia ajak dating kan??;p

Monday, May 16, 2011

pakai bra vs pakai tudung.

well,memang tidak dinafikan soal berpakaian tu hal personal.masing2 punya cara.kalau kita nak komen lebih2 pun,karang diri sendiri termalu kan??

"masing2 punye kubor lahh!"

haa,tapi kan,apa kata sopan sikit.yelah,aku sendiri pun bukan bertudung sangat pun.tapi,memadailah kalau sopan.tak semestinya pakai tudung tu sopan okay.aku jadi termalu sendiri pulak bila tengok ada segolongan umat yang bertudung tapi lurah,bukit,gunung semua terkeluar.haih.macam mana tu ye?kadang2,lebih rela tengok orang pakai dress sexy2 pulak.

okay,nak dijadikan cerita.one day aku keluar pergi main bowling.then aku noticed lah ada sorang minah ni tengah baling bola.aduh!!tolonglah.pkai tudung memang bapak jarang.siap boleh nampak dia ikat rambut jenis macam mana.then,tak cukup dengan tu,pakai t-shirt(kadang2 nak cakap singlet tali lebar pun boleh),plus,tudung yang diselempangkan di dada.nampak lurah sioottt!

malu ai.

pebenda ke gayanya tu??

aku memang tak faham kalau macam tu lah gaya pakainya.kesian aku tengok makcik dan pakcik2 kat situ.aku pun jadi terfikir,kalau aku pakai macam tu mesti malu mak bapak aku.tak sanggup.

bukan nak cakap aku ni perfect ke ape,tapi korang faham kan apa yang aku cuba sampaikan ni??entahlah.sampaikan bf aku pun boleh mengtuk sama.dia cakap kalau aku pakai macam tu,jangan harap dia nak ajak aku jalan sebelah dia.apatah lagi nak mengaku awek.haaa,hambik kau nini!

and,aku siap dengar lagi geng2 laki sebelah aku megutuk.nak tau dia cakap ape.salah sorang dalam ramai2 tu cakap,aku rela tengok perempuan pakai bra je,tak adalah meluat macam minah tu.

aik??macam tu ek?

hahahahahaha.aku pun tak tahu.and ada satu kes lagi pompuan naik lrt sama dengan aku.berdiri.and bila dia angkat tangan nak pegang pemegang atas tu.ya Rabbi,baju lengan singkat tak pelah kan.tapi,bulu ketiak tu shave la kak oiii!ape benda semua ni.tak logik lah weh.aku punya malu macam orang tengah tegok ketiak aku pulak.aduh.



Saturday, April 30, 2011

ujian2 hidup


well,life memanglah full of test from God right?
aku sangat terfikir apa yang berlaku kadang2 tak logik.huh.hairan jugaklah bila aku dah study 'kaw-kaw' hasilnya tak memberangsangkan.i mean,aku akan keluar dari dewan exam dengan muka yang masam and dead!teruk kan??

tapi,bila aku buat tak kisah je dengan exam keesokannya,hasilnya..wow!!not bad.*senyum*.bukan nak berlagak perfect atau berlagak,tapi aku keluar half an hour awal sambil senyum.

so,aku macam terfikir."kalau tahu macam ni,baik aku tak payah study beria sangat.ah,lantaklah".

pernah tak kamu2 misalannya,berpengalaman macam aku?
magic kan?

Wednesday, April 27, 2011

tahukah anda??


terlalu banyak or ramai sangat2 perempuan yang dikecewakan lelaki pada masa kini.terlalu banyak sehinggakan kita boleh lihat dengan mudahnya kawan2 sekeliling yang bersedih.TAPI,perasan tak bila kita sama2 perempuan ni,macam emosi tu boleh berjangkit2.weehuu~

contohnya bila hosemate kita bersedih or ada problem,then bila kita dengar cerita mereka2,kita turut sedih je dalam hati.heh.emotional??entahlah.walhal aku sendiri pun tak terkecuali.bila hari tu housemate aku frust dengan sorang mamat ni,aku pun turut melibatkan masalah2 tu dalam life aku.aku pun start fikir....

-kalau macam tu,brtul ke tak bf aku sayang aku ye??

-kalau dia pun tinggalkan aku macam kawan aku kena macam mana agaknya??

-alah,belum tentu dia serius even dia dah jumpa mak bapak aku(tetibe tak percaya pada bf sendiri)sebab nak aplikasikan masalah member dalam hidup sendiri punye pasal.hahahaha.

-aku kena kurangkan sikit percaya kat dia ni(bf)..

nampak tak macam mana seorang perempuan memang tak boleh nak handle emosi bila dengar or tahu kawan2 ada masalah.mesti nak aplikasikan dalam life sendiri jugak.kan??

tu maknanya sisterhood yang kuat.tak macam lelaki.kurang alert dan emosi macam tu.then aku pun realize lah tentang bahayanya perempuan sebagai ketua keluarga.memang hancur la kalau dia dengar kawan bercerai berai,habis dia pun join bercerai sekali agaknya bila orang cakap lelaki semua tak guna.haih.

sesak jugak lah jadinya kan.btw,aku pun memang kadang2 pun macam tak boleh handle emosi sendiri.bahaya kan.

Friday, April 15, 2011

hello masa silam.

percaya atau tidak kadang2 apa yang selalu kita ingat bila bersendirian ialah kenangan.yup,kenangan pahit.aku tak pasti orang lain pun macam ni.tapi,aku sangat yakin 80% semua orang pun sama.kan??

mungkin dengan mengingati cerita2 dulu yang agak sadis,kita secara tidak langsung berfikir tentang keenakan kehidupan sekarang.mungkin juga kita akan menjadi orang yang lebih matang untuk menilai erti hidup dengan betul.ada kalanya kita akan belajar menghargai orang2 sekeliling tanpa terklu melihat kekurangan mereka.

secara logiknya pula,agak baguslah jika kita tidak lupa hal2 lalu.(kajian sendiri)janganlah menyalah ertikan perkataan pandang kebelakang ini ya.pandangan2 ini mungkin akan sedikit sebanyak menyedarkan diri sendiri tentang kesilapan lalu.barangkali kita boleh menjadi orang yang lebih baik sekarang.ini kerana,memulakan sesuatu yang baru dengan orang yang baru agak bagus jika kena dengan caranya.

jika sebelum ini kita menggunakan resepi A,tapi hasilnya sangatlah gagal.apa kata jika kita guna resepi baru.mungkin boleh dapatkan resepi2(nasihat2) dari kawan2,family atau sesiapa sahaja.sebabnya,dulu mungkin kita tidak sedar kita tersilap memilih resepi.maklumlah,tengah mabuk.hahahhahahahaha.

so,it's was okay to look back an review what have u done.figure it out and try to fix it.do not repeat the same old recipe when u just noticed it doesn't work.

wahh,bermotivasi pulak malam ni ya.(motivate diri sendiri je ni).

Monday, February 28, 2011

please.

we are walking in the different path,
with the person that we call lover,
warm and full of hopes,
laughing and faking all the time,
but,who knew what we are thinking each day,
just two of us.

maybe it sounds silly,
to love other person at the same time your lover too,
it was so difficult to explain,
the person from our past is still in us,
and the feeling is growing everyday.

both of us choose to love each silently,
we choose to stay loyal to the person we love,
don't want to hurt innocent person,
try to smile and make it better every second,

we are happy,
but the feeling is always hunting us,
rub is not always the best way,
because,
what we get is what we choose,
we've to learn from the past,
ego doesn't wake me from the mistakes,
but brought us only suffer.

actually,
what we are having now is our own choice and stubborn,
God punish us,
but it doesn't meant we have to hurt others,
to make ourselves better,
our choice is only face the truth,
its too late to back to the past and make it right.

the more we brush it off,
tell ourselves there is nothing at all,
deeper we fall,
and we imagine everyday,
a thousands different ways,
to make it happen again,
but,we lost.

both of us have someone else to take care now,
we are paying for our past action,
even we are so close in heart,
yet,we are so far,
yes,we still love each other,
and we are broken,
over and over.

Thursday, February 24, 2011

key to my heart.

i keep playing this song(key to my heart) by jessica jarrel today.auto repeat.ouh.damn.i think i miss him.a lot.thanks for the great song.i love the way she sang this song.like its very meaningful and full of hopes.;(

key to my heart..

Boy you put me on the spot I don't know what to say
But I'm trying anyway
Like my hearts gonna drop
My mind drifts away and I can't control the pains

Words are spinning in my head
Don't know why I'm holding back
I should just tell you how I'm feeling yeah heh

But I don't wanna act a fool
Don't wanna look confused
If I let you know about the way I feel
Don't know what you gonna do
So I keep it locked inside
And imagine you were mine
And I'm feeling you so close but yet so far
You hold the key to my heart

The more I brush it off
Tell myself it's nothing at all
Deeper I fall
And I imagine everyday
A thousand different ways
How you respond to what I say

Am I getting lost in my dreams?
Are you unreachable to me?
Cause these butterflies just won't go away

I don't wanna act a fool
Don't wanna look confused
If I let you know about the way I feel
Don't know what you gonna do
So I keep it locked inside
And imagine you were mine
And I'm feeling you so close but yet so far
You hold the key to my heart

But if I never tell you then you'll never know
And the secret is get-ting heavy to hold
This is more than just a crush
So I may stut-ter when I speak
And my knees may get a little weak
But I've got nothing to lose and only you to gain
Tell me do you feel the same

But I don't wanna act a fool
Don't wanna look confused
If I let you know about the way I feel
Don't know what you gonna do
So I keep it locked inside
And imagine you were mine
And I'm feeling you so close but yet so far
You hold the key to my heart






and i'm crying more and more.sorry.just too late.i hope u will read this one day.i want u to keep watching me every single things i do.but,i know it can't be that way.u have someone to watch over.and i can't be so greedy.just wondering why this is how our story ends.do we have another way??i hope i can ask u directly.and u are so close to me.i know any explanation is useless now.we are really ends.i wish i can stop thinking of u...but,u know better.don't u?hmm..

Monday, January 17, 2011

Monday, October 11, 2010

10.10.10

macam2 ada dengan tarikh ni kan?tarikh yang mahal tahun ni.semahal 2 perkara besar yang terjadi.

1)angkawan negara kita kawin semalam kan.

2)kemalangan di alor gajah,melaka.simpang ampat.

2 perkara ni aku kira cukup untuk dibandingkan.1 sadis,1 gembira.

nauzubillah.15 orang maut kemalangan semalam.teruk.tak ada perkataan yang boleh aku gambarkan bila tengok gambar bus dan mayat2 yang bersepah.aku confirm 2 perkara ni memang setiap orang akan ingat tahun ni.

bukan nak menyalahkan takdir Dia tentukan.tapi,aku sangat2 perasan banyak kesedihan tahun ni.time raya terutamanya.banyak berita sedih daripada gembira.

semoga hari2 mendatang lebih baik daripada semalam.amin.

takziah dan al-fatihah kepada mangsa yang bergama Islam.semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaanNya.

Sunday, October 10, 2010

semua ni tak masuk akal..


aku memang tengah menghadapi hari2 yang gila.tak ade yang normal melainkan gila2 belaka.hahaha.aku pun hairan dengan life aku yang agak senget lately.kelakar pun ada.kau dah gila la yunne!

haaa,padan muka aku sebab banyak sangat berangan,aku tak sedar aku di dalam perjalanan untuk jadi gila.ouh!!!takut!!!!!

mula2,aku ada krisis dengan bff aku.dengan kuasa yang aku ada,aku telah buat keputusan untuk mendelete kawan2 yang tak perlu dalam life aku.i meant it babes.aku dah buat keputusan dah tak nak kawan dengan dia bila tahu banyak sungguh shit yang dia buat pada aku.bagus tak??buat keputusan yang tepat dengan rasa selesa,cepat dan mudah.macam tak fikir panjang?entahlah,tapi aku sangat yakin dengan apa yang aku dah buat.tu je.

then,datang lagi sorang kawan yang macam sial.bukan dia baru datang,tapi aku tetibe baru ada perasaan agaknya.before ni apa2 dia buat aku just terima dan redha je.yelah,sebab fikir kuasa Allah itu sangat besar.tapi entah macam mana,aku rasa sangat penat tahan semua2 yang dia buat.so,aku make a decision to ignored her.yes,i did it.i'm not talking to her for a few weeks.aku tahu dia mesti hairan kenapa aku tetibe jadi macam tu kan?ouh,mesti dia tak tahu yang aku ni tahu ape yang dia buat belaang aku sungguh menyakitkan.mesti dia tak tahu.sebab tu dia hairan dan tetap try tegur aku.aku malas nak face to face sebab aku dah tak ade hati nak berbaik balik or bincang2.aku lebih suke delete terus.so,tak payah nak berlagak baik depan aku dan buat2 aku yang mulakan semuanya.so,aku delete lagi kawan dalam life aku.aku kira tak ada sebab menyimpan kawan2 yang macam tu dalam hidup.one day,she will make trouble to u.trust me.but,bila aku dah tak nak ada apa2 kaitan,stop chasing after me.stop talking shit about me!we are over!

lagi cerita gila.ada orang ajak aku kawin kontrak.tapi kontraknya bukan macam dalam novel tu.duduk asing2,buat hal sendiri.dia nak baby dengan aku!!!wei..gila tu kot!!alasannya,sebab dia nak kat aku,tapi aku tak nak dia,so,dia nak baby dengan aku.dia cakap mesti baby muka comel macam aku..hahaha.aku na gelak pun ada.serius.dia betul2 suke aku sampaikan dapat baby pun dah kira okay.even tak dapat mamanya.tp,aku tak boleh nak bayang.proses nak dapat baby tu tak akan aku boleh skip kan???gila2...................ini semua gila.bila dah dapat baby,aku boleh cari husband lain.ouh!its not that easy dude.tapi,aku sangat terharu perasaan dia pada aku.macam sangat dalam sampai sanggup buat macam tu kan??dia nak jugak ada kenangan dengan aku.huh.

aku pelik,kenapa kalau kita berharap dengan seseorang,payah sangat nak dapat.tapi,kalau kita tak berharap,ramai sangat kan..macam tak adil kan??banyak betul ujian.betul jugak orang cakap love is blind.rela tunggu,rela sakit hati,rela kena maki,kena marah,rela dilayan buruk..janji dapat orang yang kita nak???

aku dikategori mana ye??

aku nak terima je ke ape2 or aku nak kejar ape yang aku nak??

kalau terima orang yang betul2 sayang kita,chances dilayan special sangatlah tinggi.

kalau kejar orang kita nak,kitalah yang perlu melayan dengan paling special,perlu berkorban lebih.

choose one,yunne.or else,u are dead.

aku memang terfikir untuk try menda2 yang gila dalam life.tapi kalau kawin kontrak ni,bukan saje2 sebab aku kena adakan baby..so,aku pun tergadai..hahaahaha.kuat berangan la aku ni..hish.

Wednesday, October 6, 2010

semakin dan semakin....

aku sangat fed up dengan life aku sekarang.macam sentiasa ada yang tak kena.selalu ada cacat sehingga aku sendiri tak tertanggung nak lalui.
sungguh aku tidak menafikan life ni bukannya simple.tapi,sampai sekarang,aku still pada tahap yang sama.
aku kira aku sudah terlalu mencuba untuk kekalkan apa yang patut.semakin hari semakin aku rasa apa yang aku pilih sekarang satu kesalahan besar.kesian kan,tetap tidak bahagia sampai sekarang.

ada juga niat nak batalkan impian tapi semua tu sekejap je.macam sebelum2 ni,aku memang teringin nak belajar elok2,then futher my study jauh2.aku memang sangat tak sabar semua tu sebab tak ada apa yang kekal buat aku gembira kat sini.sumpah!
mak aku selalu membebel kenapa aku suke tinggalkan ape yang aku ada.contohnya,clash.

logik ke kalau aku clash dengan bf aku tanpa sebab??sungguh tidak masuk akal bukan??
kenapa perlu salahkan aku?tak pernah ke fikir mestilah ada something wrong sampai aku mintak putus..haih.

aku memang kena pegi oversea agaknya.duduk jauh2,makan sedap2,enjoy puas2.fullstop!

memang macam shit kalau orang layan kita buruk..tak ade point aku nak stay..semakin fikir,semakin tak sabar nak pegi jauh..eeeeeeeeeeee!!!

tapi...layak ke nak futher study jauh2??macam la aku bijak sangat..hahahahahhaha

ouh no!!kalau nak seribu daya kan??lagipun tu memag impian aku dari dulu2 lagi..

tolong2!!

rasa nak pegi bercuti!!off phone,snap picture banyak2,makan sedap2,pakai cantik2....tak ade orang ganggu!!!!heaven siot..................................................................................................

sebab,semua yang jadi kat aku adalah bodoh!